FINAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tn. Hj. Ahmad Puad Onah yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 13 Jun 2018. Allahyarham yang juga bekas Pengarang di Harian Metro ketika hayatnya telah memberi sumbangan kepada industri perfileman tanahair melalui perkhidmatan beliau sebagai Pengurus Besar di Grand Brilliance Sdn Bhd di samping pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi FINAS dan menjadi Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Al-Fatihah.

AlFatihah