Sekitar hari pertama pembukaan aktiviti pemameran di pawagam di mana pihak Golden Screen Cinemas (GSC) telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dalam situasi norma baharu di mana pengunjung diwajibkan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera serta diperiksa suhu badan oleh pekerja pawagam. Selain itu, penanda arah bagi penjarakan sosial jelas dilekatkan di atas lantai untuk memudahkan pengunjung mematuhi jarak selamat satu meter selain notis-notis peringatan tentang SOP dan di dalam pawagam turut ditampal dan pembersihan semburan cecair nyahkuman di kerusi penonton selepas selesai tayangan filem di dewan. Bermula 1 Julai 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap pawagam telah dibenarkan beroperasi dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan selepas lebih tiga bulan ditutup sejak 18 Mac lalu akibat wabak COVID-19.