Petaling Jaya, 9 Ogos – Sekitar Malam Gala Tayangan Filem Pengabdi Setan 2 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin di GSC Tropicana Garden, Damansara.

Filem arahan sutradara Joko Anwar ini merupakan sequel kepada Pengabdi Setan yang turut dibarisi pelakon dari Malaysia iaitu Bront Palarae dan pelakon-pelakon dari Indonesia iaitu Tara Basro, Endy Arfian dan ramai lagi.

Turut hadir, Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, ahli-ahli perbadanan FINAS, dif-dif jemputan, para pelakon, rakan media dan tetamu jemputan.

Tayangan Pengabdi Setan 3