#LensaFINAS

Sesi webinar istimewa perkongsian pengalaman bandar Busan, Korea Selatan sebagai UNESCO City of Film 🇰🇷

Menampilkan Ms Anika Eunhye Kim selaku Focal Point – serta Prof Minchol Cha selaku jawatankuasa penasihat Busan UNESCO City of Film.

Prof Minchol juga merupakan individu yang berpengalaman terlibat dalam usaha pencalonan Busan – serta kini merupakan antara penilai bagi setiap permohonan baharu bagi menyertai UNESCO Creative Cities Network (UCCN) di bawah kategori City of Film.

Bandar Busan merupakan antara pendukung kuat – serta sedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam membantu usaha pencalonan Kuala Lumpur sebagai UNESCO City of Film.

Sessi webinar ini dibawakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Busan UNESCO City of Film – dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF) dan Kuala Lumpur Film City Network.

Sesi ini bersiaran langsung dari halaman FB Pusat Kajian & Apresiasi Filem pada 5 Oktober 2021 (Selasa) – jam 1.00 tengah hariFB_IMG_1632976651738