#LensaFINAS
#Spotlight

FINAS mempersembahkan rancangan ‘Spotlight’ dengan penampilan barisan karyawan serta pembikin muda berbakat besar industri yang mengorak langkah dengan karya seni mereka di peringkat domestik dan antarabangsa. Tonton episod seterusnya malam ini yang bersama karyawan filem wanita muda berbakat besar, Chen Yih Wen yang juga pembikin serta tenaga kreatif filem dokumentari serta pendek domestik dan antarabangsa yang aktif meneroka subjek kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Membawa pulang Hadiah Utama BMW Shorties menerusi filem pendek beliau yang berjudul, Like Toy Dolls, yang mengisarkan tentang isu pengabaian dan pembuangan bayi pada tahun 2010, filem dokumentari ‘Eye on The Ball’ mengenai kisah pasukan bola sepak cacat penglihatan arahannya juga menembusi pelbagai festival filem antarabangsa. Jom tonton perkongsian beliau mengenai aspirasi seni, kerjaya dan sinema hanya di ‘Spotlight’, 8 Februari 2021 (Isnin) jam 9.00 malam hanya di YouTube FINAS Malaysia.

Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di https://www.youtube.com/c/FinasMalaysiaMY