Skim Wajib Tayang

Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang) 2005 berkuatkuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usahasama untuk ditayangkan secara wajib didewan wayang gambar oleh pemamer.

Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan:

  1. Selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar
  2. Walaubagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:
  3. bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
  4. bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.
  5. Jikalau bilangan penonton kurang daripada 15% pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan
  6. Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

1. PERMOHONAN & TATACARA UNTUK KELULUSAN FILEM WAJIB TAYANG
Pengeluar hendaklah mengisi Borang A secara online di pautan di bawah. Permohonan boleh dibuat 6 bulan sebelum tarikh tayangan di pawagam. Pengeluar juga hendaklah mengemukakan kepada Urus Setia Skim Wajib Tayang:-

  • Salinan Lesen Pengeluaran Filem FINAS
  • Salinan Sijil Penggambaran Filem (SPP)
  • Salinan Sijil A yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
  • Salinan filem bagi tujuan pratonton kepada Ahli Jawatankuasa Skim Wajib Tayang.https://wajibtayang.finas.gov.my

2. KEPUTUSAN
Pengeluar / Pemamer akan dimaklumkan melalui Borang B (Keputusan Permohonan untuk Penetapan Suatu Filem).

3. RAYUAN
Pengeluar / Pemamer boleh membuat rayuan bagi apa-apa keputusan Jawatankuasa Skim Wajib Tayang dalam tempoh 7 hari dari tarikh diterima Borang B dan Borang C.