1. PENDAHULUAN:

Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) merupakan Insentif tambahan kepada pengeluar
filem tempatan berdasarkan jumlah kutipan tiket tayangan filem dan syarat kelayakan di
bawah Skim Wajib Tayang.

  1. SYARAT-SYARAT PEMBERIAN ITFC:
  • Mempunyai lesen Pengeluaran Filem yang masih sah laku di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.;
  • Filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT).
  • Mengemukakan laporan hasil kutipan kasar yang telah disahkan oleh pihak Pempamer dan Penerbit.;
  • Pembayaran ITFC berdasarkan jadual berikut :
BIL. JUMLAH KUTIPAN KASAR TIKET MELALUI SKIM WAJIB TAYANG INSENTIF
1. Kutipan kasar RM2 juta dan ke bawah 10% daripada kutipan kasar tiket
2. Kutipan kasar melebihi RM2 juta 10% bagi kutipan RM2 juta pertama dan 5% bagi kutipan kasar seterusnya. Maksimum insentif yang layak sebanyak RM500,000.00
  1. Jumlah insentif akan ditolak sebanyak 6% seperti berikut :
  • 2% bayaran perkhidmatan ITFC dan SWT</li>;
  • 2% sumbangan dana kebajikan</li>
  • 2% sumbangan kepada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)</li&gt

Kemaskini:
04 Mac 2026
Urusetia ITFC