Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin menawarkan Dana Pemameran Dan Promosi (DP2) kepada seluruh penggiat industri kreatif yang berminat dan berkelayakan.
Usaha ini adalah merupakan sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh FINAS bagi merangsang penggiat industri untuk aktiviti pemasaran dan pengedaran filem cereka / animasi bagi meningkatkan jumlah penontonan dan kutipan hasil penontonan pawagam. DP2 juga merupakan dana yang diselaraskan di bawah seliaan Bahagian Pemasaran FINAS. Maklumat dan borang permohonan boleh dilayari dan dimuat turun melalui laman sesawang www.finas.gov.my.
Permohonan dibuka bermula Mei 2025 sehingga 30 November 2025 (tertakluk kepada jumlah bilangan siling penerima dan baki peruntukan tahun semasa). Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke email dp2@finas.my atau mana-mana anggota urusetia DP2 melalui email atau talian :
(i) Pn. Shuhadah – shuhadah@finas.my / 03-41041320
(ii) Pn. Humairah – humairah@finas.my / 03-41041370
(iii) En. Amir Faiz – amirfaiz@finas.my / 03-41041366
NEW BORANG PERMOHONAN DANA PEMASARAN (PEMASARAN & PENGEDARAN)