#LensaFINAS
HULU KELANG, 13 Ogos 2025 – Karaoke bukan sekadar hiburan, ia juga sebahagian daripada ekosistem industri kandungan!.
Hari ini, FINAS mengadakan Sesi Libat Urus bersama pemegang lesen pameran video (karaoke) untuk berbincang tentang pindaan peraturan di bawah Akta FINAS 1981 (Akta 244).
Antara topik yang dibincangkan:
🔹 Proses permohonan & pembaharuan lesen yang lebih mudah
🔹 Pemantauan pematuhan yang lebih efektif
🔹 Penyelesaian cabaran operasi selari teknologi & trend semasa
Sesi ini dipengerusikan oleh Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, dan dihadiri oleh Pengarah Pelesenan & Penguatkuasaan, Encik Mohamad Syimir Alfi Zahari, serta pegawai-pegawai FINAS.
Kerjasama erat macam ni lah yang memastikan industri filem & kandungan tempatan terus maju, relevan, dan berdaya saing!
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI