beritafinas
#LensaFINAS
HULU KELANG, 13 Ogos 2025 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, hadir ke Majlis Pelancaran Creative Xperience Festival (CXF) 2025 anjuran Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK).
Penganjuran festival ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara industri kreatif dan institusi pendidikan bagi melahirkan warga industri yang kompeten, berkemahiran tinggi, dan bersedia menghadapi cabaran semasa.
Bakal berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 September 2025, CXF 2025 menjadi medan terbaik membina jaringan kerjasama, berkongsi pengetahuan, dan membuka peluang baharu dalam industri kreatif Malaysia.
Turut hadir, En. Mohd Khalil Hj. Saleh, Presiden PROFIMA; wakil-wakil JPKK; dan pegawai-pegawai FINAS.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI