tribute

#LensaFINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menganjurkan Sesi Tayangan Filem dan Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM-34).

Program istimewa ini menampilkan tayangan filem terpilih serta sesi apresiasi bersama tokoh perfileman negara β€” sebagai tanda penghargaan atas sumbangan besar mereka dalam pembangunan industri kreatif tanah air, di samping menghubungkan generasi baharu dengan legasi gemilang dunia perfileman.

🎞 Sesi akan berlangsung seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 16 Oktober 2025 (Khamis)
🎬 Tayangan Filem: Abang ’92
πŸ‘₯ Tokoh Jemputan:
 1. YBhg. Datuk Hajah Rosnani Jamil
 2. YBhg. Dato’ Abdul Rahim Mohd Razali
πŸ• Masa: 1.30 tengah hari – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang

🍰 JAMUAN PETANG DISEDIAKAN UNTUK PARA HADIRIN! β˜•
Nikmati suasana santai sambil beramah mesra bersama tokoh dan rakan pencinta filem.

πŸ”— PENDAFTARAN:
Daftar kehadiran melalui pautan πŸ‘‰ https://forms.gle/Vo3dVZoC9KBiky6u8
atau imbas kod QR yang disertakan.

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD – DAFTAR SEKARANG!

πŸŽ₯ Ayuh bersama-sama kami meraikan warisan perfileman negara, sambil menghidupkan kembali kenangan dan inspirasi seni yang tidak pernah pudar.

#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#FFM34