Taklimat Penyertaan Program Pasaran Kandungan Kreatif Antarabangsa 2026 dan Market Development Grant (MDG) 2026 Oleh MATRADE
FINAS akan menganjurkan Sesi Taklimat Penyertaan Program Pasaran Kandungan Kreatif Antarabangsa 2026 dan Pembentangan Market Development Grant (MDG) oleh MATRADE bagi tahun 2026 seperti berikut:
📅 Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.30 pagi
📍 Tempat: Panggung 1, FINAS Petaling Jaya
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada syarikat produksi tempatan mengenai peluang penyertaan program pasaran kandungan dan lokasi penggambaran antarabangsa 2026 dan Insentif Market Development Grant (MDG) yang disediakan oleh pihak MATRADE kepada penggiat industri yang terlibat dalam program export antarabangsa.
Atur Cara Program
10.30 pagi – Sesi Pendaftaran
11.00 pagi – Taklimat Penyertaan ke Pasaran Kandungan Antarabangsa oleh FINAS
– Taklimat Market Development Grant (MDG) oleh MATRADE
Syarikat produksi dan penggiat industri yang berminat dijemput hadir dan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran (RSVP) dengan mengimbas Kod QR yang disediakan di bawah pada atau sebelum 10 Febuari 2026 (Selasa) .
📌 Imbas Kod QR untuk RSVP


ENGLISH
