Hulu Kelang, 12 Mac 2015 – Sekitar jam 2.30 petang, FINAS telah dikunjungi oleh satu delegasi dari England iaitu dari Northern Film Institute, Leeds Beckett University serta Stamford College dan satu lagi kunjungan daripada pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Lawatan yang dihadiri seramai 20 orang ini telah dibawa melawat kemudahan alat sewaan serta studio-studio yang terdapat di FINAS. Puan Maria telah mengetuai sesi lawatan ini bagi memberi sedikit penerangan ringkas yang berkaitan. Antara pegawai lain yang terlibat sama bagi sesi lawatan kali ini adalah Encik Zainudin Aman serta Encik Muhamad Nor Sabu. Lawatan ini dipecahkan kepada dua kumpulan memandangkan terdapat perbezaan bahasa di antara dua institusi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan minum petang bertempat di Concourse, FINAS serta sesi bergambar.