9 Mac 2016 – Selepas lebih sedekad dianjurkan, Anugerah Telenovela 2015 kembali lagi menemui penonton bagi menghargai penggiat penulis novel, penerbit dan warga kerja industri novel. Anugerah ini bakal diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur pada 3 Jun 2016 ini.tele1

Anugerah Telenovela 2015 ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) mendapat sokongan usaha sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai badan penyiar rasmi program tersebut nanti. Dalam sesi Sidang Media yang telah berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks FINAS Hulu Kelang, YBhg. Dato Fauzi Ayob, Timbalan Ketua Pengarah FINAS berkata, anugerah berprestij ini mendapat satu tahap piawaian anugerah bagi mengiktiraf sumbangan penggiat novel yang disumbangkan kepada stesen televisyen sebagai satu platform insentif kreatif penulisan di peringkat Asean mahupun Eropah. Beliau turut berkata, penganjuran anugerah itu dilihat mampu menyemarakkan semula industri novel tempatan selain memartabatkan elemen kreatif dalam bidang penulisan peringkat Negara.tele2

Selain daripada itu, Ketua Pengarah Finas, YBhg. Dato’ Kamil Othman turut menyatakan “adaptasi novel ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam industri namun perlu lebih banyak dihasilkan berdasarkan karya-karya para sasterawan terulung negara”. Merujuk kepada trend penerbitan adaptasi novel di televisyen, ia adalah langkah bijak memandangkan pembaca novel akan turut menantikan hasil adaptasi di layar TV. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh En. Azmir Saifudin Mutalib, Pengarah Bahagian Komersil Finas, yang turut juga menyentuh peranan Pitching Centre di dalam penyediaan dana pembangunan termasuklah untuk penulisan skrip bermutu. Potensi naskah adaptasi yang berkualiti juga mampu menembusi pasaran antarabangsa seperti contoh telenovela Memori Cinta Suraya terbitan Global Station. Sebanyak 25 anugerah juga turut diumumkan dengan setiap kategori yang dicalonkan pada Majlis Sidang Media Anugerah Telenovela 2015 tersebut.tele3

Hadir sama, YBhg. Dato Aziz Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Telenovela, Tuan Haji Hassan Hamzah, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), YBhg. Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar, Pengerusi Panel Penilai Anugerah Buku Negara, YBhg. Datuk Dr Ahmad Ibrahim Pengerusi, Panel Juri Anugerah Telenovela dan Encik Azmir Saifudin Mutalib, Pengarah Bahagian Komersil Finas. Majlis tersebut juga turut sama dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Nadia Aqilah yang membawakan lagu Patah Sayap yang menjadi sound track kepada telenovela Kerana Terpaksa Aku Relakan.tele4

Ikuti kami di facebook : FINAS Malaysia

Twitter @FinasMy dan Instagram : FINASMalaysia