
Penyertaan Asian Television Awards ke-31 Kini Dibuka
Perhatian kepada penggiat industri tempatan!
Penyertaan bagi Asian Television Awards (ATA) ke-31 kini dibuka secara rasmi kepada karya televisyen yang telah ditayangkan dalam tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Julai 2026.
Asian Television Awards merupakan antara anugerah paling berprestij di Asia yang mengiktiraf kecemerlangan kandungan televisyen serta bakat kreatif dalam industri penyiaran.
Bagi edisi kali ini, beberapa kategori baharu turut diperkenalkan termasuk:
🎬 Micro Drama
🤖 Penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam sinematografi, reka bentuk karakter dan audio.
Penggiat industri yang berminat boleh mengemukakan penyertaan melalui laman sesawang rasmi:
https://www.asiantvawards.net
🗓 Tarikh tutup penyertaan: 31 Julai 2026
Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan karya terbaik anda ke peringkat antarabangsa!
#FINASMalaysia #AsianTelevisionAwards #ATA31 #IndustriKreatif

ENGLISH
