Santubong, 15 Mei- Di dalam inisiatif pembangunan modal insan dan sinergi ilmu karyawan industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Filem Sarawak (PERFILEMS) telah menganjurkan Bengkel Lakonan Skrin Lanjutan yang diadakan bermula 11 Mei sehingga 15 Mei 2018.

Bengkel selama 5 hari ini dilaksanakan di Studio Latihan FINAS cawangan Sarawak disertai oleh 20 orang peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang. Bengkel ini dikendalikan oleh penggiat industri yang berpengalaman iaitu Encik Hasnul Rahmat dengan berobjektifkan perkongsian ilmu dan teknik di dalam komponen seni lakon kepada peserta.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Maffizan Saufie, Ketua Penolong Pengarah FINAS Cawangan Sarawak. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Encik Ghazali Jeman, Presiden Persatuan PERFILEMS, Cik Habibah Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan Industri FINAS, Encik Hasnul Rahmat dan para peserta bengkel.