Program: Bengkel Perfileman Bersepadu Peringkat Lanjutan anjuran FINAS – Pengarahan, Lakonan, Teknik Kamera, Penyuntingan Naratif, Pengurusan Produksi & Solekan Kesan Khas
Tarikh : 03-10 November 2019
Lokasi : Corus Paradise Resort, Port Dickson
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Jumlah peserta : 70 orang
Seliaan: Unit Latihan Industri FINAS

Objektif: 1. Pembangunan modal insan merangkumi pemerkasaan kemahiran, profesion dan jaringan ilmu pelapis industri bersama karyawan profesional sebagai mentor dan tenaga pengajar.
2. Pembangunan kandungan di mana para peserta terlibat bakal menghasilkan dua produk filem cereka pendek hasil daripada skrip terbaik Bengkel Penulisan Skrip FINAS Siri 2 yang lalu bersama tenaga pengajar, Nik Amir Mustapha.

Barisan Tenaga Pengajar dan Pembantu:

1. Pengarahan – Ghaz Abu Bakar bersama Syed Hussein
2 . Lakonan – Hasnul Rahmat bersama Faris Nordin
3. Teknik Kamera- Raja Mukhriz bersama Filus Ghazali
4. Penyuntingan Naratif – Isazaly Mohamed Isa bersama Faizzah Erna
5. Pengurusan Produksi- Imillya Irwani bersama Faiz Musa
6. Solekan Kesan Khas – Zulkifli Mohamad Zali (JloZali) bersama Hafizamie Roslam