#LensaFINAS

Pulau Pinang, 3 Jun 2023 – YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital hadir ke majlis perasmian Program Kita Madani dan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani anjuran Kementerian Komunikasi Digital (KKD) menerusi Jabatan Penerangan Pulau Pinang diiringi YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang diadakan di Midtown PERDA, Seberang Perai Utara Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dari setiap agensi-agensi seperti orientasi teknologi imersif (virtual reality), system integrasi Mediatheque, tayangan koleksi audiovisual khazanah negara serta temu mesra dan berswafoto bersama pelakon serta pelawak Ropie dan Fandi.

#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI

1