Petaling Jaya, 19 Feb- Mengangkat kisah peluncur air dan sukan ekstrem tersebut dengan elemen percintaan, persahabatan dan perjuangan menghadapi cabaran, filem ‘Surf This Love: Gelora Juara’ terbitan Global Solution Resources ini mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa dengan karya pengarah muda Wan Mohd Hafiz yang sebelum ini sudah mengarahkan tiga filem iaitu Tok Mudim, Mat Tudung dan Puaka Balai Gombak.

Bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 22 Februari 2018, majlis gala dan tayangan perdana filem ini telah diadakan di mmCineplexes, Damansara ini turut dihadiri barisan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Josiah Hogan, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Dottie dan ramai lagi.

Filem Surf This Love: Gelora Juara berkisarkan tentang seorang pemuda ingin menjadi juara luncur air untuk mengikut jejak langkah abangnya. Beliau mendapat pertolongan daripada bekas juara luncur air yang kini tidak aktif lagi kerana kecederaan kaki beliau. Juara bertahan sering kali mencabar pemuda ini. Akhirnya pemuda ini berjaya dilatih dan dipilih untuk memasuki pertandingan akhir luncur air.

#SurfThisLove
#GeloraJuara