#LensaFINAS
Hulu Kelang, 25 Julai 2025 – FINAS Hulu Kelang telah menerima kunjungan pelajar dari Clazroom College yang diketuai oleh Encik He We Liang, pensyarah pengiring, bersama 20 orang pelajar semester 6 dan 7 daripada program Diploma 3D Animation dan Diploma Film Visual Effect.
Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar telah diberi pendedahan secara amali berkenaan proses kerja pasca produksi audio, termasuk pengenalan kepada peralatan dan ruang kerja profesional. Mereka turut berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat proses rakaman bunyi kesan khas di Studio Foley serta mengikuti sesi demonstrasi proses adunan audio (mixing) di Studio Digital Mix Stage. Peluang ini bukan sahaja membuka ruang kepada pemahaman lebih mendalam tentang aliran kerja industri, malah turut memberi pengalaman dalam persekitaran studio sebenar.
#KementerianKomunikasi
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI

beritafinas