Di antara filem untuk tahun 2018 yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia adalah filem ‘Lee Chong Wei: Rise of The Legend’ arahan Teng Bee itu yang berinspirasikan perjuangan dan cabaran Datuk Lee Chong Wei di dalam dunia badminton sehingga menjadi jaguh dunia yang digeruni dan pemain nombor satu dunia. Trailer pertama filem tersebut telah dipromosikan dan mendapat perhatian para peminat filem dan penyokong ikon badminton negara kesayangan negara ini yang turut berkongsi di laman sosial masing-masing. Dibintangi Tosh Chan bagi watak Chong Wei dewasa dan Jake Eng untuk watak beliau semasa kanak-kanak, watak jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek (lakonan Datuk Rosyam Nor) yang bertungkus lumus membimbing Datuk Lee Chong Wei turut menarik perhatian.

#RiseofTheLegend
#LeeChongWei
#MenjulangKejuaraan