Damansara, 21 Disember – Satu Majlis Tayangan Perdana Filem Busker arahan Syed Khairul Fariz telah diadakan tadi di MM2 Cinemaplex, e-Curve. Filem terbitan Astro Shaw ini menampilkan barisan pelakon muda Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Turut sama menjayakan filem ini ialah barisan penggiat industri seni seperti Aziz M.Osman, Jihan Musa, Man Bai, Mark Adam, Altimet dan ramai lagi. Membawakan plot cerita yang berkisar tentang cinta, sahabat dan muzik, filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari 2018. Sebanyak 21 buah lagu baru dan lama juga akan turut ditampilkan dalam filem ini sebagai tarikan utama. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penggiat industri, para penerbit dan rakan-rakan media.