Kembara filem pendek ‘Parvai’ arahan Syahrul Musa di festival filem antarabangsa telah berjaya sekali lagi meraih penghargaan ‘Special Mention’ bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik untuk lakonan gandingan utamanya, Jibrail Rajhula dan Mary Sourimuthu di Hong Kong Film Art International Film Festival (HKFAIFF) 2018 yang berlangsung dari 28-29 Julai 2018 di Hong Kong. Ditunjangi pasukan kreatif produksi mewakili pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM, filem ‘Parvai’ yang berkisarkan konflik, dilema dan emosi wanita yang menerima tetamu tidak diundang di rumahnya tatkala pembunuhan ngeri menghantui kejiranannya terdahulu telah berjaya meraih ‘Special Mention’ di Asia South-East Short Film Festival 2018 selain ‘Official Selection’ di 8th Pune Short Film Festival dan seleksi di Festival De Cannes 2018 (Short Film Corner).

filem pendek 1

filem pendek 2

filem pendek 3