Di dalam strategi pembangunan komuniti perfileman luar bandar, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi Korporat, En. Ahmad Syazli Muhd Khiar telah mengadakan program interaktif dua hala bersama ahli-ahli Kelab Pencinta Filem dari Unit Budaya UiTM Dungun, Terengganu, SMK Kampung Baru, Kerteh, Terengganu dan SMK Seri Semantan, Mentakab, Pahang pada 24 hingga 25 April 2016 yang lalu. Program yang turut dihadiri selebriti Liza Abdullah dan Nazrief Nazri ini memberi fokus kepada perkongsian pengalaman, pembinaan motivasi menggunakan kreativiti, pemupukan sifat mencintai filem Malaysia dan eksplorasi industri filem melalui modul modul yang disediakan.mainjpfjpf1jpf2jpf3jpf4