WP Putrajaya, 7 April-Di dalam aspirasi pembangunan komuniti kreatif melalui komponen sinergi ilmu dan industri, FINAS melalui Bahagian Pemasaran, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Mediatheque telah berganding bahu menyertai Program Sepakat Komuniti 1Malaysia (Parlimen Putrajaya) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang dilaksanakan di perumahan PR1MA presint 11, Putrajaya. Berobjektifkan pembinaan masyarakat bermaklumat dan pembangunan komuniti 1Malaysia yang menerapkan unsur perpaduan dan penyatuan masyarakat, FINAS telah menggunakan platform strategik yang dirasmikan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor ini dengan pengisian interaktif seperti pameran organisasi dan perkhidmatan, eksplorasi bakat bersama pelakon muda, Aprena Manrose, pameran peralatan perfileman dan teknologi pendigitalan, kuiz industri dan tayangan penerbitan kandungan audiovisual terbitan FINAS dan lain-lain lagi.