Hulu Kelang, 19 Oktober – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat muda industri di dalam komponen seni lakon, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pembangunan Industri berjaya menganjurkan Bengkel Lakonan Lanjutan 2018 selama 5 hari bermula 15 Oktober lalu. Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi pendedahan kepada 20 orang peserta mengenai teori, teknik dan kemahiran seni lakonan yang berkesan di bawah bimbingan tenaga pengajar Puan Fauziah Nawi dan Puan Fatimah Abu Bakar.

Hadir pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil adalah YBrs Tuan Hj Abd Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri merangkap Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal, Puan Zuramashana Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Latihan Industri, Cik Siti Nor Aisyha Masarudin, Penolong Pengarah Latihan Industri dan peserta-peserta bengkel.