Alor Setar, 23 September- Di dalam menjana pembangunan komuniti filem melalui jaringan sinergi industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini menyertai program Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 218 anjuran Bahagian Insfrastruktur dan Aplikasi KKMM. Program ini telah berlangsung selama dua hari dan telah dirasmikan oleh YB Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Perlaburan, Kerajaan Tempatan & Perumahan Kerajaan Negeri Kedah.

Melalui platform pameran kreatif oleh agensi-agensi dan rakan strategik, FINAS telah menyediakan program-program menarik seperti ‘Intra-Sinema’ iaitu tayangan filem cereka tempatan, ‘FilmNovaTech’ iaitu pameran audiovisual kandungan dengan teknologi restorasi dan pendigitalan, ‘EkplorasiSINEMA & SINEMAKlopedia’ yang memberi ruang pengunjung meneroka sejarah dan ekosistem industri filem negara dengan sesi eksplorasi minda dan ilmu, kuiz dan permainan interaktif, ‘ ‘PromoSinema’ yang mempromosikan filem-filem tempatan terbaharu di pawagam iaitu #Langsuir, #Neeyum Naanum #Munafik2 #OneTwoJaga dan #RISEIniKalilah selain solidariti ‘Ini Sinemaku’ bagi sokongan masyarakat kepada sinema Malaysia dan kempen “TontonORIJanganCURI” sebagai alternatif kepada usaha membanteras cetak rompak digital, muatturun haram dan serta rakaman langsung di panggung, ‘BakatSkrin’ sebagai platform mencungkil potensi kreativiti pengunjung secara spontan melalui elemen ‘penulisan’, ‘pengarahan’ dan ‘lakonan’ di dalam sketsa pendek dan ‘SembangSKRIN’ iaitu program perkongsian ilmu dan di sebalik tabir sinema bersama karyawan jemputan iaitu Adam Shahz.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg.Dato’ Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM.