Kulim, 21 April – Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat serta pembangunan komuniti kreatif, FINAS telah menyertai Program Menghubung dan Menyatu @ MINDA (NBOS-CTU) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Dataran Kulim, Kedah yang berlangsung dari 20-22 April 2018.

Antara pengisian interaktif yang diadakan di booth FINAS termasuklah eksplorasi bakat oleh pelakon Apreena Manrose, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu, kuiz perfileman selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Norsabrina Mohd. Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KKMM, YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Encik Hassan Asbor Hassan Mutaat, Pengarah Kejuruteraan FINAS, ketua-ketua jabatan dan agensi serta para jemputan.