Serdang, 30 Ogos 2019 – Sekitar Sesi Forum bertajuk ‘The Creative and Cultural Economy’ bersempena Minggu Usahawan Nasional 2019 yang telah diadakan di MAEPS, Serdang dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam sesi forum ‘Contentpreneur 2020′ tersebut dengan membicarakan berkaitan pembangunan ekosistem industri filem di dalam menjana ekonomi kreatif dan budaya melalui peranan strategik FINAS merangkumi ransangan modal dan insentif, pelaburan dan pemasaran domestik serta global, galakan percukaian, modal insan kreatif, dasar dan polisi serta perundangan berkaitan. Melalui strategi pembangunan kandungan bernilaikan identiti dan lanskap tempatan, beliau turut yakin dengan potensi besar sektor ini memacu pertumbuhan eksport negara melalui globalisasi perniagaan. Turut serta ialah YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim, Pengerusi Yayasan KRU dan Encik Kenny Ong, Pengerusi Recording Industry of Malaysia (RIM).