Sekitar Forum Harta Intelek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung bermula 10.00 pagi – 12.00 tengah hari di Stor Teater DBP. Diterajui Editor Dewan Sastera, Penulis dan Pengkritik Filem, Saudara Fadhli Al-Akiti sebagai moderator, forum perkongsian ilmu ini membincangkan berkaitan ‘Penerbitan Adaptasi Dua Hala: Positif kepada Industri Perbukuan dan Kreatif’ dengan disertai oleh ahli-ahli panel iaitu pengarah, pelakon dan karyawan seni En. Shahili Abdan (Nam Ron) dan penulis, Pn. Maizura Mohd Ederis.

Sepanjang perjalanan forum ilmiah ini, khalayak dan tetamu yang hadir menjana ilmu melalui skop diskusi berkaitan isu, cabaran, impak dan potensi pembangunan kandungan kreatif di dalam platform penerbitan adaptasi dua hala yang telah memacu kepada pemerkasaan naskah, karya dan produk di dalam industri perbukuan dan kreatif.