Kuala Lumpur, 30 November – Sempena mengenang sumbangan, jasa dan pengorbanan para seniman, seniwati dan krew belakang tabir dalam pembikinan dan penerbitan filem siri Bujang Lapok suatu ketika dahulu, satu program khas iaitu Forum Tribut Bujang Lapok 60 Tahun telah diadakan bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA pagi tadi. Program anjuran Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik dengan kerjasama ASWARA dan Ampas Legend Network ini mengangkat dan mengiktiraf martabat filem melayu Bujang Lapok yang telah berusia 60 tahun dalam industri perfileman tanah air ini.

Selain Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok, filem ini mengisarkan kehidupan tiga orang sahabat iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin yang hidup dalam penuh cabaran dan pengorbanan. Filem siri ini ternyata banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat sebagai panduan dan pengajaran bersama.

Forum tribute ini turut menampilkan barisan panel Dato’ Ahmad Fauzee, Dato’ M. Nor Khalid @ Lat dan En. Hassan Abd Muthalib manakala sesi imbas lagenda membawakan barisan seniman dan seniwati Jalan Ampas seperti Zaiton, Dayang Sofia, Sri Rahayu, Habibah Haron dan Zaini Satar.