IMG-20210615-WA0009
Pengarah filem wajib tonton!

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meneruskan agenda memberi pendedahan ilmu perfileman dan apresiasi pencapaian ahli FDAM dari 2020 hingga 2021 menerusi program FDAM Live.

Bagi episod pengenalan, FDAM membawakan topik ‘Impak pandemik COVID-19 terhadap penggiat industri kreatif’ bersama Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim manakala Ketua Sekretariat, Haji Zaini Hassan bertindak sebagai moderator.

Bersiaran selama sejam, FDAM dengan tagline ‘Kreativiti Tanpa Sempadan’ menyasarkan semua ahli FDAM terdiri daripada pengarah filem agar bersama-sama menjayakan program julung kali ini.

Program secara langsung ini juga menjemput semua penggiat industri kreatif, ahli akademik, pensyarah dan pelajar perfileman, kru produksi dan orang ramai tonton bersama.

Jangan lupa, program FDAM Live disiarkan pada setiap Rabu bermula 16 Jun 2021 menerusi platform Facebook, FDAM @FDAMOFFICIAL jam 5 petang.