Hong Kong, 21 Mac- Kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terus meneroka potensi pasaran kandungan kreatif antarabangsa dengan penyertaan strategik di platform 22nd Hong Kong International Film and TV Market yang berlangsung di Hong Kong International Convention Centre dari 19-22 Mac 2018.

Disertai delegasi Malaysia melalui peranan FINAS sebagai ketua delegasi yang turut disertai para penerbit, penyiar dan penyedia kandungan dan perkhidmatan seperti Primework Studios, Backbone Entertainment, Filmpoint, Produksi Seni 2020, Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Kyanite TV ini adalah manifestasi kepada sinergi kerajaan dan industri bagi mempromosikan produk kandungan kreatif tempatan merangkumi filem cereka, siri TV, animasi, dokumentari di platform global. Diiktiraf sebagai plaform pasaran berpengaruh di rantau Asia Pasifik, Hong Kong International Film & TV Market ini (HK Filmmart) ini disertai lebih 8000 delegasi daripada lebih 50 buah negara yang menjana potensi kerjasama pelaburan, jualan produk, pelesenan, perkongsian idea dan kerjasama produksi.

FINAS yang diwakili En. Mat Yusop Hassan, Penolong Pengarah Promosi juga telah meneroka platform strategik ini dengan mempromosikan potensi pelaburan dan insentif galakan penggambaran di Malaysia (FIMI) selain kerjasama dua hala Malaysia dan negara-negara peserta melalui sektor ekonomi kreatif.