Program : Kejohanan Boling 2019 Bersama Selebriti, FINAS dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) -MAIWP anjuran PPZ.
Tarikh: 16 November 2019 (Sabtu)
Tempat: Wangsa Bowl, Wangsa Walk Kuala Lumpur
Masa: 2.00-6.00 petang

Penglibatan :
– Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
– Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM)
– Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA)
– Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM)

Objektif : Program sinergi industri di antara pihak PPZ, FINAS dan persatuan-persatuan perfileman dalam memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat khasnya kepada penggiat industri mengenai kewajipan zakat. Pihak PPZ-MAIWP juga turut menyampaikan sumbangan zakat kepada setiap persatuan yang menyertai kejohanan ini.

Turut Hadir :
1) Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Ahmad Idham Ahmad Nadzri
2) Pengurus Besar Kanan Bahagian Kewangan Pusat Pungutan Zakat, En.Azhan Ismail.