Putrajaya, 15 Mac – Seramai 26 pegawai dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) daripada jumlah keseluruhan 685 penerima anugerah yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah KKMM di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini. APC merupakan anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan warga kakitangan dalam melaksanakan tugas penjawat awam di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

YB Dato’ Sri Jailani Johari dalam ucapannya juga turut memberikan sekalung penghargaan kepada FINAS atas kejayaan yang telah dicapai melalui penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM29) pada tahun 2017 dengan penglibatan penggiat-penggiat seni bagi mempertingkatkan dan memberi pengiktirafan kepada industri kandungan kreatif khususnya bidang perfileman.

Majlis APC dilengkapkan dengan penyampaian anugerah kepada jabatan dan agensi di bawah KKMM yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBhg. Dato’ Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, dan YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS kepada penerima-penerima APC FINAS.

Turut hadir di majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi KKMM, YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KKMM, ketua-ketua jabatan dan agensi, pegawai-pegawai kanan Kementerian, para penerima APC dan rakan-rakan media.

Senarai kakitangan penerima APC FINAS :

1) Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Ab Wahab
2) Puan Noorzillawati binti Yahya
3) Encik Mohd Amiruddin bin Zainal
4) Encik Kamaruza’ain bin A. Kadir
5) Encik Mohamad Syimir Alfi bin Zahari
6) Encik Mohammad Rizal bin Mohamed Yunus
7) Encik Mohamad Subri bin Abdul Ghani
8) Puan Nagalingam Sarapala A/P R Nagalingam
9) Encik Mohammad Hafizie bin Shamsudin
10) Encik Hazmin bin Mohamad Hussin
11) Encik Muhammad Safwan bin Mohd Nadzar
12) Puan Jamilah binti Amat
13) Encik Azhary bin Md Saad
14) Encik Fakhrul Hamidi bin Ismail @ Abd Rahman
15) Encik Muhammad Asiff bin Romli
16) Encik Husnul Hilmi bin Mohamad
17) Puan Nazurah binti Mohamad
18) Puan noor Amalina binti Zamri
19) Encik Muhammad Hafiz bin Ismail
20) Puan Noraini Wahidah binti Mohd Yusof
21) Cik Siti Ruhaya binti Mat Sauji
22) Puan Khairunnisaa binti Yeop Kamal
23) Puan Fazilah binti Karim
24) Encik Hafizul Zhafry bin Mat Zainan
25) Encik Tinda Anak Ginjod
26) Encik Mohd Asyraf Afif bin Mat Nawi

Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima APC FINAS!