9 Ogos 2022 – YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS menziarahi En. Fahmi Izzudin, 75 tahun yang banyak terlibat dengan kerja belakang tabir sejak tahun 90an. Beliau kini terlantar sakit akibat penyakit diabetes.

Seorang lagi penggiat industri yang diziarahi oleh YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS adalah Encik Nordin Wahab @ Din CJ, 56 tahun yang bergiat aktif dalam bidang pengarahan sejak tahun 1998. Antara karya pengarahan beliau adalah Cinderella, Mr. Cinderella dan Budak Kripto. Beliau kini menghidap penyakit diabetes dan masalah buah pinggang.

Turut hadir YBrs. Dr. Ahmad Ibrahim, Ahli Perbadanan FINAS dan pegawai-pegawai FINAS.

Ziarah 9 Ogos 2022 1

Ziarah 9 Ogos 2022 2

Ziarah 9 Ogos 2022 3

Ziarah 9 Ogos 2022 4

Ziarah 9 Ogos 2022 5

Ziarah 9 Ogos 2022 6