Petaling Jaya, 19 Ogos – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik kerajaan dengan kerajaan (G2G), YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan dari Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diketuai YBrs. Puan Sharifah Nazira Syed Basir Ahmad, Ketua Komunikasi Korporat (MED). Platform FINAS dan MED ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama bagi strategi pembangunan keusahawanan di dalam konteks industri filem.