FB_IMG_1628503805230
#LensaNegaraku

1. Pada tahun 1894, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H. Mitchell, menyempurnakan upacara peletakan batu asas bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang kemudiannya dikenali dengan nama Bangunan Sultan Abdul Samad.

2. Mengikut sejarah, kerajaan Inggeris di negeri Selangor, berhasrat mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbirannya pada tahun 1893. Kawasan seluas 1.034 hektar berhampiran dengan pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang, akhirnya dipilih untuk merealisasikan hasrat tersebut.

3. Reka bentuk bangunan ini dilukis oleh Jurutera Negeri Selangor, C.E. Spooner dan seorang arkitek Inggeris di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur, A.C. Norman.

4. Bangunan ini dinamakan Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama DYMM Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah, yang memerintah ketika itu.

5. Bangunan ini akhirnya siap dibina dalam tempoh hampir tiga tahun dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Besar Pos.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

#MalaysiaPrihatin
#HKHM2021
#DemiNegara
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua