
#LensaFINAS
Hulu Kelang, 30 Disember 2025 – Sekitar Majlis Penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0) bilangan 3 Tahun 2025 yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang.
Pada majlis ini, sebanyak 27 tajuk filem cereka dengan jumlah insentif keseluruhan bernilai RM1,509,659.32 telah diserahkan kepada penerima ITFC bagi filem-filem yang berjaya mencapai sasaran kutipan dan prestasi tayangan yang telah ditetapkan sepanjang tahun 2025.
Pemberian insentif ini diharap dapat terus menggalakkan para penerbit tempatan untuk berkarya secara konsisten, menghasilkan filem yang berkualiti tinggi serta berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus memperkukuh ekosistem industri perfileman negara.
Turut hadir ialah YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Puan Fatimah Abu Bakar, Ahli Perbadanan FINAS;, pegawai-pegawai FINAS, penerima-penerima ITFC serta wakil media.
#KementerianKomunikasi
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani
RancakkanMADANI
ITFC2025

ENGLISH
