#LensaFINAS

Hulu Kelang, 12 Januari 2023 – YBrs. Prof. Dr. Md Nasir bin Ibrahim menerima kunjungan hormat dari kedutaan India di FINAS Hulu Kelang.
Perbincangan di antara FINAS dan kedutaan India ini adalah bagi menilai potensi kerjasama yang bakal dijalinkan di antara kedua belah negara. Dalam sesi ini juga, segala kemudahan fasiliti yg terdapat di FINAS telah turut dilawati oleh delegasi kedutaan India. Turut hadir En. Zokilfi Abu Bakar, Pengarah Bahagian Galakan Penggambaran dan Pn. Norashikin Ahmad Nor, Ketua Penolong Pengarah FIMI.

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
news2