#LensaFINAS

Hulu Kelang, 1 Jun 2023 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pembangunan Industri telah mengadakan Program One Step Closer : Bengkel Penulisan Skrip dengan kerjasama Sydney Film School yang diadakan di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang.
Bengkel di kendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu En. Simon David Hunter yang merupakan seorang penulis, penerbit dan pengarah dari Australia. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari bermula 1 hingga 2 Jun 2023 dan disertai oleh 73 orang peserta terdiri daripada penggiat industri kreatif dan pelajar IPT.
YBrs. En. Muhammad Ar-Riyyan Bin Mohamad Roslan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri hadir merasmikan bengkel ini.

#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI2