#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2023 – Program One Step Closer: Bengkel Asas Sinematografi (Siri 2) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pembangunan Industri telah melabuhkan tirainya setelah tamat siri kedua yang diadakan selama dua hari bermula 26-27 Ogos 2023 bertempat di Galeri Perfileman FINAS, Jalan Pahang Kechil.
Bengkel yang dikendalikan oleh penerbit, pengarah dan pengarah sinematografi yang berpengalaman Bade Hj Azmi ini merupakan platform jaringan ilmu bagi meningkatkan kapasiti, profesionalisme, pengetahuan serta kemahiran asas dalam bidang sinematografi.
Majlis penyampaian sijil kepada 21 orang peserta telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan FINAS iaitu En Radzuan Asan @ Hassan.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
370528437_840448864119205_8697847134073431901_n