#LensaFINAS
Hulu Kelang, 27 Disember 2023 – YBhg Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Studio Kembara Sdn Bhd, Tn. Hj. Abdul Rahman Mat Dali.
Perbincangan dua hala ini merupakan inisiatif kedua-dua belah pihak bagi melihat potensi pembangunan filem-filem dan kandungan yang berunsur sejarah dan ketamadunan serta cadangan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan bahan rujukan dan pembangunan skrip berkualiti.
Produksi terbaru filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah terbitan Studio Kembara Sdn Bhd akan menemui penonton diseluruh pawagam pada 11 Januari 2024.
Turut hadir Encik Shahruddin Dali, Penerbit Kreatif Studio Kembara Sdn Bhd.
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani
#StudioKembara

414924851_18330461629100204_7225828576624295647_n