PUTRAJAYA, 27 September – Majlis Jasamu Dikenang 2018 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang kelmarin.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai penghargaan daripada kerajaan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan dengan penuh komited di sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai.

Terdahulu, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hadir merasmikan majlis serta menyampaikan sijil penghargaan kepada 328 pesara yang telah berkhidmat di kementerian, jabatan dan agensi termasuk 9 pesara daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antaranya ialah, Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab.Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi, En. Zulkefle Mohd Din, Penolong Jurutera, Pn. Jamilah Amat, Pembantu Tadbir, Pn. Rosnainah Ismail, Pembantu Tadbir Kewangan, En. Sharudin Gazali, Pemandu Kenderaan, Pn. Halijah Ahmad, Pembantu Tadbir, En. Nik Husin Nik Mat, Pembantu Awam serta dua wakil Allahyarham Hidzayat Sirat, Penerbit Rancangan dan juga Allahyarham Mohammad Ameerza Ismail.

Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, ketua-ketua jabatan dan para pesara.