Hulu Kelang, 9 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Lakonan (Pertengahan) dan Bengkel Teknik Kamera (Pertengahan) yang diadakan bermula 5 hingga 9 Ogos 2019 di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang. Bengkel yang disertai oleh seramai 40 orang pelajar itu telah dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang lakonan dan teknik kamera iaitu Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar (Que Haidar) dan Indra Che Muda Redzuan.