Hulu Kelang, 20 Oktober-Di dalam usaha memperkasakan jaringan ilmu dan informasi para penerbit filem mengenai aspek polisi, prosedur, perundangan dan cabaran ekosistem industri, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada hari ini telah mengadakan program PFM Townhall 2.0 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang. Selain perkongsian interaktif mengenai Skim Wajib Tayang FINAS dan data industri oleh Pengarah Pembangunan Industri FINAS, Tn. Hj. Abdul Khalid Maulod, para hadirin turut berpeluang menjana komunikasi dua hala bersama pihak KPDNKK dan SKMM mengenai isu cetak rompak digital dan pembentangan mengenai Virtual Reality World – (VR World). Hadir pada majlis ini adalah YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden PFM, YBhg. Datin Paduka Shuhaimi Baba, Timbalan Presiden PFM, Encik Ahmad Syazli Muhd Khiar, Pengarah Dasar dan Perancangan FINAS, Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).