Kuala Lumpur, 10 Januari – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan kualiti kandungan bertaraf global, Persatuan Pekerja Filem dan Televisyen India Malaysia (MIFTWA) hari ini menganjurkan Majlis Sambungan Kolaborasi dan Inovasi (Connect-Collaborate-Innovate) di Signature International Hotel, Pudu, Kuala Lumpur bagi melancarkan platform Creative Content Gateway (CC-Gate).

Platform CC-Gate adalah inisiatif yang memfokuskan kepada beberapa aspek penting industri merangkumi jaringan pemasaran kandungan buat penerbit melalui platform pengedaran dan pemasaran domestik serta antarabangsa, pembangunan modal insan dan pemerkasaan kemahiran pelajar di institusi pengajian tinggi melalui platform ‘apprentice’ dengan kerjasama badan kerajaan, studio perfileman dan badan-badan kreatif industri serta program-program pembangunan modal insan industri dengan penekanan kepada pemerkasaan ilmu dan kepakaran.

Hadir merasmikan majlis ini ialah YBrs. Encik Mohan Singh, Pegawai Khas kawasan mewakili Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo, turut hadir, Encik Dhevaakar Suppiah, Presiden MIFTWA, wakil-wakil presiden persatuan, para penggiat industri, pelajar-pelajar dari SG Academy, rakan-rakan media dan pihak industri