berita1
#LensaFINAS
Kangar, 4 November 2025 — Usaha mencungkil bakat muda terus diperkasa. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, CEO FINAS hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Iklan Raya 2025 anjuran JPN Perlis bersama Zeel Production Sdn. Bhd.
Pertandingan ini disertai hampir 100 buah sekolah seluruh Perlis, membuktikan kreativiti dan penceritaan visual semakin subur dalam kalangan generasi muda.
Turut hadir, YBrs. En. Rose Aza bin Che Arifin, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis; Fadzil Teh (Hj. Zil), penerbit dan pemilik Zeel Productions; serta para pengetua, guru-guru, murid dan tetamu jemputan.
Kredit Gambar : @ahmuzr
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI