#LensaFINAS
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2025 – Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS, menyampaikan Anugerah Harapan Baharu kepada pengarah Tunisia, Lotfi Achour, menerusi filem ‘Red Path’ dalam majlis Anugerah Golden Global Malaysia (MGGA) sempena MIFFest edisi ke-8 di ZEPP Kuala Lumpur.
Anugerah ini mengiktiraf bakat baharu yang berani meneroka sempadan kreatif melalui sentuhan naratif yang berkesan. ‘Red Path’ menampilkan pendekatan puitis terhadap tema trauma dan ingatan, dengan penggunaan sinema sebagai medium penyembuhan dan ekspresi sejagat.
Tahniah kepada semua pemenang MGGA 2025!
#FINASMalaysia #KementerianKomunikasi #FilemKitaCitraKita #MGGA2025 #MIFFest2025 #RancakkanMADANI