Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan & Pemantauan
Industri Kreatif Negara (SPPIK) FINAS akan ditutup sementara
berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan
peningkatan prestasi pada 31 Disember 2025, (Rabu) bermula
jam 12.00 tengah hari dan akan dibuka semula akses pada 1
Januari 2026, (Khamis).
Sepanjang tempoh tersebut, akses kepada sistem tidak akan
dapat dilakukan.
Sehubungan itu, kerjasama semua pihak adalah dimohon untuk
merancang segala urusan pembaharuan lesen atau apa-apa
aktiviti pelesenan sebelum tarikh penutupan SPPIK.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda amat
dihargai.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Kaunter Pelesenan
di talian 0341041360 /1458
Sekian, terima kasih
Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

ENGLISH
